Thursday, November 4, 2010

Insentif Sukan Komanwel 2010

Bintang gimrama, Elaine Koon menerima keseluruhan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) berikutan pencapaian cemerlang pada Sukan Komanwel di New Delhi, bulan lepas.

Elaine yang memenangi masing-masing satu emas dan perak serta tiga gangsa menerima insentif keseluruhan bernilai RM180,000. "Saya tidak sangka menang dan saya hanya cuba yang terbaik di sana (Sukan Komanwel). Saya mahu simpan wang ini untuk masa depan," kata Elaine yang berusia 17 tahun. Elaine, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, bagaimanapun tidak mahu tertekan di Sukan Asia Guangzhou, China dari 13 hingga 27 November ini.

"Ini merupakan Sukan Asia pertama saya. Ia lebih sukar untuk saya kerana di Sukan Asia, ada ahli gimnas yang pencapaiannya lebih tinggi bertanding. Sasaran saya ialah untuk memasuki final dalam acara keseluruhan individu," katanya.

Pada Sukan Asia, Elaine berkata, dia akan menghadapi lawan yang lebih kuat dari Kazakhstan, Uzbekistan, Jepun dan Korea Selatan. Sementara itu, mengikuti dari belakang Elaine ialah Pandalela Rinong Pamg (terjun) dan Bibiana Ng (menembak) yang masing-masing menerima RM100,000.

Kesemua pemenang itu menerima hadiah mereka daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada majlis yang diadakan di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Majlis Sukan Negara (MSN) memberikan RM1.71 juta sebagai insentif berikutan kejayaan kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel yang memenangi 12 pingat emas, 10 perak dan 14 gangsa.

Seramai 43 atlet dari 10 kategori sukan yang memenangi pingat pada Sukan Komanwel itu diberikan hadiah di bawah Shakam. - Bernama

Sunday, October 31, 2010

Keputusan Final Piala Malaysia 2010

Piala Malaysia
Pasukan : N.Sembilan vs Kelantan
Lokasi : Stadium Bukit Jalil
Masa : 8:45 Malam

Malam yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tanah air. Dengan kehadiran puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan mengamatkan stadium Nasional Bukit Jalil. N. Sembilan mendahului 1-0 pada babak pertama dengan jaringan penalti pada minit ke 13 oleh Shahurain.

Kelantan bangkit pada babak kedua dengan menjaringkan 2 gol bagi memastikan Piala Malaysia 2010 dalam gengaman mereka. Tahniah Satthianathan diatas kejayaan yang diraih pada Piala Malaysia tahun ini.


Keputusan Akhir

N. Sembilan (1) vs Kelantan (2)


Guru Sukan : kecewa dengan sikap penyokong kerana menunjukan sikap dan mentaliti yang sangat rendah.

Thursday, October 28, 2010

Sejarah Sukan Balapan & Padang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Entri kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang sejarah sukan olahraga. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding". Sukan Olahraga (kini dikenali sebagai Balapan & Padang ) melibatkan acara larian, balingan dan lompatan.

Acara asal dan hanya satu dalam Olimpik yang pertama pada 776 SM adalah lumba lari panjang-stadium atau "stad", diadakan di trek.

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.

Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

Olahraga Tertutup

Terdapat dua musim untuk acara trek dan padang. Terdapat satu musim tertutup, diadakan semasa musim sejuk dan satu musim luar, diadakan semasa musim bunga. Kebanyakan trek dalam dewan adalah 200 meter dan mempunyai empat hingga 8 lorong. Terdapat juga sesetengah trek dalam dewan 150 meter, dan lain-lain sekecil 120 meter juga pernah digunakan. Kebiasaannya, trek sebegini telah diubahsuai untuk megelakkan ukuran trek berlainan yang disebabkan pusing selekoh ketat.

Dalam kejohanan trek tertutup, atlet mempertandingkan acara balapan sama dengan kejohanan luar kecuali untuk acara 100 m, 110 m/100 m berpagar (digantikan dengan 55 atau 60 m pecut dan 55 atau 60 m berpagar dalam kebanyakan peringkat, atau 55 m pecut dan berpagar dalam peringkat sekolah tinggi), 10,000 m jalan kaki dan 3,000 m lari berhalangan, 400 m berpagar. Acara tertutup juga mempunyai tambahan 3,000 m berlari yang biasanya diadakan untuk tahap kolej dan elit berbanding 10,000 m. 5,000 m adalah acara terpanjang biasanya diadakan dalam dewan, walaupun terdapat situasi di mana jarak lebih panjang pernah dipertandingkan. Dalam pertengahan abad ke-20, terdapat satu siri "perang tanding" perlumbaan di trek tertutup Madison Square Garden, sebahagian yang mempertandingkan larian maraton dua lelaki (42.2 km).

Untuk acara padang, kejohanan trek tertutup hanya mempertandingkan lompat tinggi, lompat galah, lompat jauh, lompat kijang, dan lontar peluru (lemparan berat). Akibat ruang yang terhad, acara ini mengambil tempat di kawasan dekat, dalam lilitan trek. Merejam lembing, tukul dan cakera adalah ditambah hanya untuk kejohanan luar, oleh sebab biasanya tiada ruang yang mencukupi dalam stadium tertutup untuk menempatkan acara tersebut.

Olahraga Luar

Musim acara trek dan padang luar biasanya bermula pada musim bunga dan berakhir pada musim panas. Kebanyakan trek adalah berbentuk bujur 400 meter dalam lilitan. "Trek tartan" moden atau "trek mondo" yang lebih baru diperbuat dengan satu permukaan diturap dengan getah; trek lebih lama adalah diliputi sinder.
Trek biasanya terdiri daripada 6-10 buah lorong (sehingga 12 lorong di 'front' straight) dan kebanyakan termasuk satu lorong halangan lumba kuda dengan lubang air pada satu daripada selekoh. Pit halangan lumba kuda ini boleh ditempatkan sama ada di dalam atau luar trek, untuk membuat satu selekoh lebih ketat atau selekoh lebih luas. Ia adalah biasa untuk trek mengelilingi satu padang permainan digunakan untuk bola sepak Amerika, bola sepak, atau permainan bola lakros. Padang dalaman ini lazimnya dikenali sebagai kawasan dekat (infield) dan mempunyai permukaan sama ada rumput atau rumput tiruan.

Segala acara padang boleh dipertandingkan di kawasan dekat. Bagaimanapun rejam lembing, membaling tukul besi dan melempar cakera kadangkala merupakan diadakan pada padang luar daripada stadium trek kerana mereka memerlukan ruang yang besar, alat-alat itu boleh merosakkan kawasan dekat, dan alat tersebut mungkin berkesudahan mendarat pada trek. Bagaimanapun, sebahagian infields adalah digunakan khas untuk acara ini, dan untuk rejam lembing, seorang atlet mungkin mempunyai run-up lebih panjang dengan memulakan ia pada sebelah landasan yang lain, dan melintas apabila tiada atlet melalui.

Jaguh Badminton Negara - Datuk Lee Chong Wei

 'Chong Wei boleh main'
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2010/10/28
REAKSI Chong Wei ketika ujian kecergasan, semalam.
REAKSI Chong Wei ketika ujian kecergasan, semalam.

DEBARAN buat Lee Chong Wei – sama ada dapat beraksi atau sebaliknya di Sukan Asia 2010, berakhir semalam apabila pemain badminton nombor satu dunia itu disahkan mampu beraksi pada temasya berprestij di Guangzhou, bulan depan.

Perkhabaran itu harus menceriakan Chef de Mission kontinjen negara, Datuk Zolkples Embong yang berharap Chong Wei dapat beraksi dan memenangi pingat emas rentetan kemenangan psikologi pemain itu ke atas Lin Dan di Terbuka Jepun, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, mengesahkan kecederaan buku lali pemain berusia 28 tahun itu semakin pulih dan tidak berdepan masalah bertanding.
“Kecederaan buku lali Chong Wei menunjukkan proses pemulihan memberangsangkan dan dia boleh beraksi pada Sukan Asia,” katanya selepas memeriksa Chong Wei di Stadium Juara, semalam.

Peluang pemain yang sudah memenangi lapan kejuaraan musim ini bertanding di Guangzhou samar selepas cedera buku lali ketika beraksi di final Sukan Komanwel New Delhi 2010, baru-baru ini.

Dr Ramlan berkata, pihaknya meletakkan empat pegawai termasuk fisioterapi bagi memantau proses pemulihan kecederaan pemain yang memenangi emas di New Delhi itu sepanjang sesi latihan.

“Ketika ini dia menjalani latihan tahap sederhana sesuai dengan keupayaan dan kecederaan yang dialaminya sebelum ia ditingkatkan ke tahap lebih tinggi mulai minggu depan,” katanya.
Ditanya mengenai kecederaan belakang pemain itu, Dr Ramlan berkata, ia sudah pulih

Sukan Asia 2010

Demam Sukan Asia bakal melanda. Selepas kembalinya atlet-atlet negara yang bertanding di Sukan Komenwel di New Delhi. kini Sukan Asia akan menjadi cabaran seterusnya.

Sukan Asia 2010, juga dikenali sebagai Asiad XVI, akan diadakan di Guanghzou, China dari 12 November hingga 27 November, 2010. Acara selama 16 hari itu akan mempertandingkan sebanyak 42 acara sukan. Guangzhou merupakan bandar raya kedua di China yang menjadi tuan rumah selepas Beijing pada 1990. Sejumlah 476 acara dalam 42 sukan dijangka dipertandingkan oleh atlit, menjadikannya acara terbanyak dalam sejarah Sukan. Ia juga adalah yang terakhir untuk mempersembahkan acara yang sebegini besar, sebagaimana Majlis Olimpik Asia (OCA) telah menguatkuasa peraturan penganjuran baru untuk temasya masa depan, bermula dengan Temasya 2014.

Lambang

Lambang yang diumumkan untuk Sukan ini daripada Dewan Peringatan Sun Yat-sen adalah satu ram biasa yang mana di dalam tradisi Cina, ram memberikan tuah kepada masyarakat. Ia juga adalah simbol bagi bandar raya tuan rumah – Guangzhou juga dipanggil sebagai "Bandar raya rams" atau "Bandar raya lima-ram".

Bersukan Untuk Kesihatan

Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Saya akan berkongsi beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:
  • Saluran darah akan menjadi lancar
  • Membentuk mental dan fizikal yang cergas 
  • Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.
  • Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.
Luangkan masa 20 minit sehari, 3 kali seminggu bagi memastikan anda diri anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk melakukan aktiviti harian.

Takrif Sukan

SUKAN

Bagi entri pertama, saya akan berkongsi sedikit tentang sukan secara amnya. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
  • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
  • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:
  • Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
  • Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
  • Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post pertama untuk Blog GURUSUKAN. InsyaAllah saya akan berkongsi semua tentang sukan samada di Malaysia mahupun di negara luar. Semoga blog ini akan memberi manfaat kepada anda samada anda seorang pendidik, pelajar ataupun orang awam. - Zulfadhli Ateman