Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Saya akan berkongsi beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:
- Saluran darah akan menjadi lancar
- Membentuk mental dan fizikal yang cergas
- Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.
- Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.
Luangkan masa 20 minit sehari, 3 kali seminggu bagi memastikan anda diri anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk melakukan aktiviti harian.
No comments:
Post a Comment