REAKSI Chong Wei ketika ujian kecergasan, semalam.
Perkhabaran itu harus menceriakan Chef de Mission kontinjen negara, Datuk Zolkples Embong yang berharap Chong Wei dapat beraksi dan memenangi pingat emas rentetan kemenangan psikologi pemain itu ke atas Lin Dan di Terbuka Jepun, baru-baru ini.
Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, mengesahkan kecederaan buku lali pemain berusia 28 tahun itu semakin pulih dan tidak berdepan masalah bertanding.
“Kecederaan buku lali Chong Wei menunjukkan proses pemulihan memberangsangkan dan dia boleh beraksi pada Sukan Asia,” katanya selepas memeriksa Chong Wei di Stadium Juara, semalam.
Peluang pemain yang sudah memenangi lapan kejuaraan musim ini bertanding di Guangzhou samar selepas cedera buku lali ketika beraksi di final Sukan Komanwel New Delhi 2010, baru-baru ini.
Dr Ramlan berkata, pihaknya meletakkan empat pegawai termasuk fisioterapi bagi memantau proses pemulihan kecederaan pemain yang memenangi emas di New Delhi itu sepanjang sesi latihan.
“Ketika ini dia menjalani latihan tahap sederhana sesuai dengan keupayaan dan kecederaan yang dialaminya sebelum ia ditingkatkan ke tahap lebih tinggi mulai minggu depan,” katanya.
Ditanya mengenai kecederaan belakang pemain itu, Dr Ramlan berkata, ia sudah pulih
No comments:
Post a Comment