Demam Sukan Asia bakal melanda. Selepas kembalinya atlet-atlet negara yang bertanding di Sukan Komenwel di New Delhi. kini Sukan Asia akan menjadi cabaran seterusnya.
Sukan Asia 2010, juga dikenali sebagai Asiad XVI, akan diadakan di Guanghzou, China dari 12 November hingga 27 November, 2010. Acara selama 16 hari itu akan mempertandingkan sebanyak 42 acara sukan. Guangzhou merupakan bandar raya kedua di China yang menjadi tuan rumah selepas Beijing pada 1990. Sejumlah 476 acara dalam 42 sukan dijangka dipertandingkan oleh atlit, menjadikannya acara terbanyak dalam sejarah Sukan. Ia juga adalah yang terakhir untuk mempersembahkan acara yang sebegini besar, sebagaimana Majlis Olimpik Asia (OCA) telah menguatkuasa peraturan penganjuran baru untuk temasya masa depan, bermula dengan Temasya 2014.
Lambang
Lambang yang diumumkan untuk Sukan ini daripada Dewan Peringatan Sun Yat-sen adalah satu ram biasa yang mana di dalam tradisi Cina, ram memberikan tuah kepada masyarakat. Ia juga adalah simbol bagi bandar raya tuan rumah – Guangzhou juga dipanggil sebagai "Bandar raya rams" atau "Bandar raya lima-ram".
No comments:
Post a Comment